Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, August 19, 2016

[PEKAN] PAMERAN 1001 INVENTIONS AND THE LIBRARY OF SECRETS DI MUZIUM SULTAN ABU BAKAR




Semalam (18.82016) - Dato' Sri Hj. Mohd Sharkar Shamsuddin Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan Negeri Pahang merasmikan 'Pameran 1001 Inventions And The Library Of Secrets' di Muzium Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang.

Pameran itu berlansung bermula 3hb. Ogos lalu dan akan berakhir pada 21hb. Mac tahun 2017 nanti dan dibuka setiap hari kecuali hari Isnin dari 9 pagi hingga jam 5 petang.

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan sejurus selepas perasmian, Dato' Sri Sharkar memaklumkan bahawa pameran ini adalah memperkenalkan ciptaan dan tokoh-tokong Islam tersohor dari abad ke-7 hingga abad ke-17dari Sepanyol hingga ke negara China yang telah mencetus kemajuan teknologi yang kita nikmati ketika ini.

" Ini adalah sebahagian daripada promosi kita untuk tahun melawat Pahang .. untuk memperkenalkan dan kalau dapat kita juga akan berkerjasamalah dengan Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Negeri untuk kita mengadakan apa kita katakan sebagai 'understanding' macamana nak mintak lebih ramai lagi murid-murid sekolah terutama sekali orang muda(lah) untuk dia mendapat pendedahan awal tentang penciptaan ...." demikian ujar Dato' Sri Shakar.






0 comments:

share2