Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 11, 2016

[KUANTAN] 'SYUKUR KAMI TIADA DI RUMAH'


'Syukur kami tiada di rumah'


Pasangan suami isteri, P Subramaniam, 65, dan J Lecthumy, 63, bersyukur kerana mereka tiada di rumah ketika rumah mereka terbakar Khamis lalu.

Difahamkan, ketika kejadian, mereka berdua pergi ke kuil bersama cucu, P Praven, 15, pada jam 8 malam dan hanya mengetahui mengenai insiden itu selepas dihubungi jiran.

Subramaniam berkata, apabila tiba di rumah, dia melihat anggota bomba dan penyelamat sedang memadamkan api yang dipercayai bermula dari bilik di tingkat atas.

“Tindakan pantas bomba memadam api menyelamatkan rumah saya daripada musnah sepenuhnya,” katanya ketika menerima kunjungan Pengerusi MIC Pahang, Datuk R Goonasekaran di rumahnya, di Taman Cenderawasih, semalam.

Subramaniam berkata, rumah tersebut diduduki bersama keluarganya hampir 30 tahun.

Katanya, buat masa ini, dia dan isteri menumpang sementara di rumah anak sulung, S Batumalai, 40, di Bukit Setongkol.

Kejadian terbabit turut merosakkan dua rumah yang lain.

Sementara itu, Goonasekaran yang juga Pegawai Khas Menteri Besar berkata, pihaknya simpati dengan kejadian menimpa mangsa.

Beliau berkata, kerajaan negeri akan memberikan bantuan sewajarnya kepada mereka yang terlibat.

“Saya harap keluarga berkenaan tabah dan bersabar sebelum bantuan diberikan,” katanya.

Ketika kunjungannya itu, Goonasekaran turut menyampaikan sumbangan wang tunai untuk meringankan beban Subramaniam sekeluarga.


0 comments:

share2