Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, August 21, 2016

[KUANTAN] NENEK TERUJA MENTERI BESAR RAIKAN ULANG TAHUNNYA



Sambutan hari lahir seorang warga emas pasti menjadi kenangan manis baginya apabila turut diraikan bersama Menteri Besar, Datuk Adnan Yaakob, semalam.

Mak See, 95, juga tidak menyangka kehadirannya pada Majlis Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang di Gambang, semalam, menjadi hari istimewanya.

Mak See yang berjalan kaki sejauh satu kilometer sambil mengibarkan Jalur Gemilang itu menarik perhatian ramai apatah lagi pada usianya, 95 tahun.

Dia yang berasal dari China datang ke negara ini ketika usia belasan tahun sebelum menetap di Gambang.

Menurutnya, dia terharu dan tidak menyangka Adnan mengundangnya minum pagi bersama selepas majlis selesai.

“Saya sangat gembira kerana pada hari lahir saya hari ini (semalam), saya dapat menyambutnya bersama pemimpin selain bersama-sama memeriahkan kempen kibarkan Jalur Gemilang.

“Walaupun berasal dari China, saya sudah lama menetap di sini. Saya sudah menjadi sebahagian daripada rakyat di sini malah semua anak saya seramai lapan orang dilahirkan di sini,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, semalam.

Mak See berkata, lebih bermakna, anak keempatnya, Tang Hai Fong, 59, dilahirkan pada tanggal 31 Ogos 1957.

Warga emas itu berkata, ketika semua penduduk gembira menyambut kemerdekaan negara, dia berdepan saat-saat getir melahirkan anak.



0 comments:

share2