Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, August 25, 2016

'KEMBAR' HARAP DAPAT MAIN BADMINTON DENGAN CHONG WEI


ika


Seorang gadis yang mendapat perhatian ramai kerana wajahnya mirip Datuk Lee Chong Wei, meluahkan hasrat mahu bertemu dengan bintang badminton itu.

Ika Syazwani yang merupakan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, dia memasang impian mahu bertemu dengan ‘kembarnya’ itu sejak tahun 2010 lagi.

Menurutnya jika mendapat peluang itu dia mahu bermain badminton bersama Chong Wei untuk merasai pengalaman luar biasa.

“Jika Universiti Utara Malaysia (UUM) boleh menguruskan pertemuan saya dengan Datuk Lee Chong Wei saya akan sangat, sangat gembira.

“Jika beliau datang ke universiti saya akan mengajaknya bermain dalam perlawanan persahabatan.

“Saya tidak bermain dengan begitu baik tetapi berharap dapat bermain satu perlawanan mudah menentangnya,” katanya kepada mStar Online.

Dalam pada itu Ika memberitahu, dia sememangnya mempunyai darah kacukan Cina daripada neneknya.

Ika menjadi popular selepas memuat naik status di Facebooknya “Congrats my twin! #DatoLCW”. Status itu sekali gus menarik perhatian netizen yang menyedari persamaan wajah mereka.


0 comments:

share2