Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, August 24, 2016

‘BERPUNCA DARI SIKAP PENGOTOR'


‘Berpunca dari sikap pengotor’


Tumpat – Tujuh lokaliti di daerah ini dikesan sebagai wabak denggi melibatkan 273 kes demam denggi dicatatkan dari Januari lalu sehingga semalam, 23 Ogos.

Pengerusi Jawatankuasa Wabak Daerah Tumpat, Rosnazli Amin berkata, lokaliti wabak denggi itu ialah di Taman Kota Kubang Labu, Kampung Paloh Luar, Kampung Kedemit, kuarters Ibu Pejabat Polis Daerah Tumpat dan belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Pekan.

“Dua lagi adalah di Taman Padang Rokma dan Kampung Kubang Labu tetapi dua lokaliti ini sudah tamat wabaknya manakala yang lain masih aktif,” katanya selepas program gotong-royong perdana anjuran bersama Pejabat Tanah dan Jajahan Tumpat dan Pejabat Kesihatan Tumpat Membasmi Nyamuk Aedes.

Turut serta, Pegawai Kesihatan Daerah Tumpat, Dr Faizan Ghazali bersama wakil daripada lebih 10 agensi kerajaan antaranya melibatkan polis, bomba, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Pasukan Polis Marin dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Tumpat.

Rosnazli berkata, antara punca berlakunya wabak itu adalah disebabkan terdapat banyak tempat pembiakan nyamuk aedes kesan pembuangan sampah dan pembuangan barang-barang tidak terpakai yang boleh menakung air.

“Puncanya adalah dari sikap pengotor masyarakat itu sendiri, selagi sikap masyarakat tidak berubah selagi itu wabak denggi terus menular. Berubahlah jika tidak mahu ahli keluarga kita meninggal dunia akibat deman denggi,” katanya.

Pejabat Kesihatan Daerah Tumpat tidak teragak-agak untuk mengeluarkan kompaun sekiranya ada tempat pembiakan jentik-jentik denda maksimum RM500.


0 comments:

share2