Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 5, 2016

'RAYA KALI INI SAYA BERKAKI SATU'


'Raya kali ini saya berkaki satu'


Pasir Gudang - “Raya tahun ni dah tak ada makna lagi kerana makcik dah tak boleh sibuk memasak rendang seperti sebelum ini dengan hanya berkaki satu,” luah seorang pesakit kencing manis.

Anizah Masuan, 48, berkata, dia tidak boleh berjalan normal selepas kaki kanannya terpaksa dipotong sehingga pangkal paha pada awal Ramadan lalu akibat penyakit kencing manis yang dihidapinya.

Menurutnya, rindu untuk berpuasa dan memasak juadah berbuka puasa bersama suami dan tiga anak berusia 19, 18 dan 13 terlalu mendalam kerana sudah lebih 20 hari dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI).

“Hanya tiga hari sahaja makcik berpeluang bersama suami dan anak-anak berbuka puasa pada Ramadan kali ini.

“Makcik memang selalu minta nak balik ke rumah, tapi doktor kata tunggu tahap kesihatan makcik stabil dulu,” katanya kepada Sinar Harian ketika kunjungan bersama Ahli Parlimen Pasir Gudang, Normala Abdul Samad dan Ahli Lembaga Pelawat HSI, di sini, baru-baru ini.

Anizah berkata, kehadiran rombongan Normala itu sedikit sebanyak menggembirakan hatinya yang sayu terpaksa berpuasa di hospital.

“Terima kasih kerana tak melupakan kami yang sedang menerima ujian daripada ALLAH SWT di sini,” katanya.

Sementara itu, Normala berkata, sebanyak 80 agihan dibuat pada program penyampaian sumbangan raya untuk pesakit di HSI.

“Kita sampaikan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan hospital kepada 80 pesakit.

“Kita turut titipkan kata-kata semangat dan berdoa semoga mereka sembuh supaya dapat pulang bersama keluarga masing-masing,” katanya.


0 comments:

share2