Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 25, 2016

PAS TAK YAKIN PRN PULAU PINANG AKAN DIADAKAN


Mustafa Ali


Tasek Gelugor - Pas tidak yakin pilihan raya akan diadakan di Pulau Pinang dalam tempoh masa terdekat ini.

Pengarah Pilihan Raya Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, hal ini berdasarkan beberapa analisis yang dilakukannya.

"Pada saya, saya tidak yakin pilihan raya negeri Pulau Pinang akan diadakan, dan beberapa faktor yang memungkinkan atas perkara ini walaupun perkara ini seringkali di gembar- gemburkan oleh sesetengah pihak.

"Antaranya dalam soal ini, pimpinan DAP dan pimpinan Pakatan Harapan sendiri tidak bulat (sepakat) dalam soal berkaitan pilihan raya negeri ini, jadi pada saya tak mungkin ianya akan dilaksanakan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam majlis rumah terbuka Pas Negeri Pulau Pinang di Markas Pas Pongsu Seribu hari ini.

Katanya, bagaimanapun Pas sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihanraya ini pada bila-bila masa ianya diadakan.

"Walaupun dalam soal ini, Pas tidak yakin ianya akan diadakan namun tak bermakna Pas tidak bersedia, Pas akan sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan.

"Sebelum ini tak pernah timbul apa-apa pun, lepas kes melibatkan Guan Eng baru dengar tentang pilihan raya ini, tapi Pas tetap tidak yakin pilihan raya ini akan diadakan," katanya.

Ditanya mengenai kerusi yang bakal ditandingi Pas, katanya soal ini belum dapat lagi diputuskan kerana pilihan raya belum lagin dapat diputuskan sama ada ianya akan diadakan atau tidak.

"Dalam soal kerjasama politik, Pas masih bertahaluf siyasi bersama Parti Keadilan Rakyat(PKR),

"Pas dengan Dap dan Amanah ini memang sudah tiada hubungan, namun Pas terbuka untuk memikirkan kerjasama ini dengan syarat rakan kerjasama Pas ini menghormati dasar perjuangan Pas," katanya.


0 comments:

share2