Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 22, 2016

PAKATAN TONJOL SIFAT HIPOKRIT DI KEDUTAAN TURKI

Pakatan Tonjol Sifat Hipokrit Di Kedutaan Turki



KUALA LUMPUR – Parti Amanah Negara (PAN) membuktikan betapa hipokritnya parti itu dan parti Pakatan Harapan yang lain sewaktu mengunjungi pejabat Duta Besar Turki di Malaysia di sini semalam.

Timbalan Presidennya, Salahuddin Ayub dalam kunjungan itu memberitahu kedutaan Turki kononnya PAN memuji rakyat Turki kerana mempertahankan kerajaannya yang dipilih secara demokratik.

“Rakyat Turki telah memperlihatkan bahawa kerajaan demokratik perlu dipertahankan tanpa sebarang kompromi.

“Malaysia harus ambil iktibar daripada insiden ini. Rakyat Turki telah menyatakan kecintaan kepada demokrasi dengan mahu segala proses perlu melalui saluran demokrasi,” katanya penuh berpura-pura kepada wakil kedutaan Turki di sini semalam.

Kunjungan itu turut disertai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anuar dan Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok.

Ironinya, Presiden PAN, Mohamad Sabu sebelum ini mengkritik rakyat Malaysia kerana takut turun ke jalan raya bagi menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) walaupun ia bukan satu perbuatan yang demokratik.

Malah, ramai masih mengingati tindakan agresif pemimpin Pakatan Harapan itu mencampak mikrofon dalam satu ucapan politiknya kerana berang rakyat tidak berani bangkit menumbangkan kerajaan dengan cara tersebut.

Mat Sabu dalam ucapannya menghasut orang Melayu supaya berani melakukan demonstrasi seperti di Thailand, Indonesia dan Filipina untuk menjatuhkan kerajaan.

“Kita di Malaysia apa kita buat. Nak kumpul 1 juta orang untuk jatuhkan Najib (Perdana Menteri) di Kuala Lumpur pun tak boleh,” kata Mat Sabu.




0 comments:

share2