Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, July 6, 2016

MALANG PENYAMUN KENA CEKUP



Johor Bahru – Cubaan seorang daripada empat penjenayah melarikan diri selepas menyamun di sebuah rumah di Taman Nesa, Skudai, di sini, malam kelmarin gagal apabila berjaya diberkas oleh anggota Persatuan Kepolisan Komuniti Taman Nesa yang baru ditubuhkan tiga hari lepas.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 malam itu, pengerusi persatuan itu, S Kogilavani, 36, turut cedera ketika cuba menghalang penduduk di situ memukul suspek berumur 25 tahun yang berasal dari Rawang, Selangor selepas berjaya ditangkap.

Menurut Kogilavani, dia dimaklumkan tentang kejadian samun yang berlaku di sebuah rumah penduduk perumahan itu oleh anggota persatuan ketika pihaknya sedang melakukan rondaan di kawasan itu kira-kira jam 10 malam.

“Penjenayah melarikan barang kemas milik seorang wanita berusia dalam 30an yang tinggal bersama ibunya, berusia linkungan 50-an sebelum turut memukul kedua-dua mangsa di rumah mereka.

“Keempat-empat penjenayah itu kemudian melarikan diri dengan menaiki motosikal sebelum terserempak dengan anggota persatuan kami.

“Mereka kemudian meninggalkan motosikal dan cuba bersembunyi di atas pokok dan padang tetapi berjaya ditangkap. Saya turut mengalami kecederaan apabila cuba menghalang penduduk memukul suspek,” katanya kepada Sinar Harian.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Mohd Taib Ahmad berkata, pihaknya kini giat mengesan tiga lari suspek samun yang masih bebas.


0 comments:

share2