Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 16, 2016

[LIPIS] PENDUDUK GEMBIRA LALUAN RUNTUH SUDAH DIBAIK PULIH




Penduduk gembira laluan runtuh sudah dibaik pulih


Pengguna laluan jalan Sungai Koyan-Kuala Lipis di sini gembira dan berterima kasih kepada pihak bertanggungjawab atas tindakan membaik pulih masalah hakisan tanah yang berlaku berhampiran ladang Bukit Puteri, di sini.

Seorang pengguna, Aniza Ahmad, 30, berkata, dia yang sering berulang alik dari Sungai Koyan ke Bandar Lipis kini berasa lebih selamat melalui jalan berkenaan.

Menurutnya, sebelum ini jalan itu hanya boleh dilalui satu laluan sahaja ekoran berlaku hakisan dan tanah runtuh.

“Sebelum jalan ini dibaik pulih, pengguna sentiasa bimbang dengan risiko kemalangan terutama kepada pemandu kenderaan yang kurang peka dengan tanah runtuh itu memandangkan terdapat laluan berselekoh berhampiran.

“Terima kasih kepada pihak bertanggungjawab yang peka dengan masalah ini dan bertindak segera membaik pulih laluan berkenaan,” katanya di sini, semalam.

Sinar Harian 14 Jun lalu, melaporkan kesulitan pengguna jalan raya yang melalui jalan Sungai Koyan-Kuala Lipis apabila laluan berhampiran Ladang Bukit Puteri mengalami hakisan serius hingga mengakibatkan sebahagian daripada jalan berkenaan ditutup.

Masalah hakisan tanah itu telah berlaku selepas banjir pada 2014 namun ketika itu tidak terlalu serius.

Walaupun terdapat kon diletakkan di laluan berkenaan, namun ia masih mengundang bahaya kepada pengguna laluan tersebut terutama pada waktu malam.


0 comments:

share2