Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, July 26, 2016

[KUANTAN] TIGA LELAKI DIDAKWA MERUSUH


mahkamah


Dua beradik dikenakan ikat jamin RM3,000 manakala seorang OKU dikenakan jaminan RM2,500 di Mahkamah Majistret Kuantan, di sini atas pertuduhan merusuh bersama-sama dan memiliki senjata berbahaya.

Tertuduh, Mohd Yusuf Sulung, 60, Mohd Isa Mohd Yusof, 30, dan Mohamad Latif Mohd Yusof, 37, dari Panching Timur, tidak mengaku bersalah atas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Aisah Mohamed, semalam.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tiga individu itu bersama lima lagi tertuduh yang sudah didakwa, didapati menyertai rusuhan dan memiliki senjata berbahaya iaitu parang dan pedang yang boleh digunakan sebagai senjata untuk menyerang mangsa di hadapan rumah bernombor 264, Felda Sungai Panching Timur, kira-kira jam 1.25 petang, 19 April tahun lalu.

Jika sabit kesalahan, mereka boleh dihukum di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam pada itu, semua tertuduh memohon supaya mahkamah mengurangkan ikat jamin memandangkan masing-masing mempunyai tanggungan isteri tidak bekerja, anak yang masih kecil, bersekolah dan sedang menuntut di institusi pengajian tinggi.
Mahkamah menetapkan 18 Ogos depan sebagai sebutan semula kes dan memberi laluan kepada mereka untuk melantik peguam.

Kes tersebut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Fatinah Abu Bakar.


0 comments:

share2