Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, July 28, 2016

[KUANTAN] MARA DIGITAL MALL BAKAL DIBUKA


Mara Digital Mall


Pusat barangan teknologi maklumat (IT) usahawan Bumiputera, Mara Digital Mall dijangka dibuka di bandar ini awal tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Koperasi, Keusahawanan dan Kepenggunaan Pahang, Datuk Seri Shahiruddin Ab Moin.

Beliau berkata Konsortium Penyelaras Koperasi Negeri Pahang (Kospen) telah membuat perbincangan dengan pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara) berhubung perkara itu.

Katanya pusat berkenaan akan ditempatkan di bangunan setingkat yang terletak di Kemunting di sini yang akan diubah suai dengan anggaran kos RM2 juta.

"Kita sedang mencari dana untuk mengubah suai premis yang mahu dijadikan Mara Digital (Mall) ... ia akan memudahkan orang ramai untuk membeli telefon bimbit dan gajet pada harga munasabah," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata kedai koperasi akan turut ditempatkan di bangunan itu nanti dan diharapkan ia akan menjadi tarikan pelancong dari dalam dan luar negara.


0 comments:

share2