Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, July 4, 2016

KHIDMAT 'BOJENG' SECARA PERCUMA


Khidmat ‘bojeng’ secara percuma


Kota Bharu – Lebih 300 belia negeri ini akan mendapat perkhidmatan ‘bojeng’ (gunting rambut) percuma di tiga lokasi kedai gunting utama di Kota Bharu bermula jam 12 tengah hari sehingga 10 malam ini.

Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia (GBG1M), Shahrul Nasrun Kamarudin berkata, tiga lokasi yang telah dipilih ialah Top’s Barber di Pengkalan Chepa, Kerat Barber Shop, Jalan Guchil Bayam dan kedai gunting di bangunan Pelangi Mall, di sini.

“Bojeng rambut ini melibatkan gunting rambut percuma kepada 100 pelanggan belia di setiap kedai yang telah disenaraikan.

"Mungkin sebelum ini tidak ada pihak yang buat program seperti ini, maka kami tampilkan satu kelainan dan sediakan bojeng rambut percuma ini untuk persiapan belia terutamanya menjelang Hari Raya Aidilfitri, tidak lama lagi,” katanya kepada Sinar Harian kelmarin.

Beliau ditemui di Majlis Iftar Perdana anjuran GBG1M bersama pelajar-pelajar pondok di sekitar parlimen Kota Baharu yang diadakan di Tunjong Banquet, di sini.

Menurutnya, program bojeng rambut tersebut juga adalah salah satu kluster di bulan Ramadhan iaitu bagi mendekatkan diri dengan orang ramai dengan pelbagai amal jariah yang boleh dilakukan.

Beliau juga turut memberitahu, selain itu beliau telah pun menyenarai pendek beberapa perancangan program lain dinegeri kelahirannya ini terutamanya apabila melihat satu keunikan wujud terutamanya dalam aspek melebihkan agama dari segala-galanya.

“Sebagaimana program yang kami buat hari ini (kelmarin) iaitu iftar bersama lebih lima buah tahfiz, ini merupakan satu jalan ukhwah dan silaturahim.

"Kami juga telah membuat rangkaian ziarah kepada pondok-pondok termasuklah pondok Pasir Tumboh yang sebelum ini ditimpa kecelakaan dan insyaallah ini merupakan satu wardah perjuangan khidmat dari Gerakan Belia 1Malaysia bagi memupuk keikhlasan antara satu sama lain,” katanya.

Dalam masa yang sama juga, beliau turut merancang satu program tadarus alquran perdana dengan menggabungkan semua pondok-pondok di Kelantan untuk mengeratkan lagi silaturahim umat Islam bagi mendekatkan diri kepada Allah SWT.

“InsyaALLAH kita akan minta kerjasama daripada kerajaan negeri untuk menggunakan stadium sebagai lokasi tadarus perdana tersebut tahun depan.

“Saya amat berharp impian ini akan tercapai nanti. Sebelum ini saya berjaya mengumpulkan setengah juta masyarakat untuk selawat perdana, dan saya mahu perkara yang sama juga berlaku di negeri kelahiran saya,” katanya.


0 comments:

share2