Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, July 22, 2016

KAMI BELUM KAHWIN, SAYA KE BALI URUSAN KERJA



BARU-baru ini terdapat dakwaan mengatakan bahawa aktres Nora Danish, 35; menikahi kekasihnya, Nedim Nazri dalam sebuah majlis tertutup yang hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.

Susulan dakwaan itu, Nora Danish tampil menjelaskan perkara sebenar dan berkata dia tidak mempunyai sebarang idea bagaimana perkara itu timbul dan mengakui masih merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini.

“Demi Allah, saya masih belum mendirikan rumah tangga seperti yang diperkatakan. Tetapi, memang ada perancangan untuk berkahwin pada tahun ini juga.

“Walau bagaimanapun, buat masa ini saya tak mahu mencanang lebih-lebih kerana semuanya masih di dalam perancangan,” katanya kepada mStar Online.

Nora juga mengakui mempunyai perancangan untuk berkahwin di Bali, Indonesia tetapi masih belum mencapai kata putus dan mereka berniat untuk mengadakan majlis secara sederhana sahaja.

“Khabar angin yang mengatakan saya ke Bali untuk meninjau lokasi perkahwinan juga tidak betul kerana saya ke sana kerana tuntutan kerja.

“Kami memang ada merancang untuk mengadakan majlis di sana tetapi ia sekadar perancangan dan masih belum ada kata putus,” jelasnya.




0 comments:

share2