Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Saturday, July 23, 2016

EPIK KLASIK KISAH CINTA 500 TAHUN LALU: AKAN TIBA!


Epik Klasik Kisah Cinta 500 Tahun Lalu: Akan Tiba!


Hang Kasturi menderhaka menentang Sultan Mahmud! Jadi bukanlah Hang Jebat orangnya yang memakai tengkolok Bujang Derhaka lalu menyerbu istana dan menghalau Sultan Melaka?

Jarang dipersoal yang menderhaka itu Jebat atau Kasturi? Ini Epik Karektor. Teks Hikayat Hang Tuah menyebut nama pendehaka itu Hang Jebat. Tetapi jangan lupa, teks Sejarah Melayu pula menyebut Hang Kasturi.

Wah! Epik ini sungguh klasik; dua teks lama DNA Melayu ini menyebut dua fakta berbeza.

Barangkali kerana L. Krishnan pengarah filem Hang Tuah memilih watak Jebat sebagai si penderhaka, kita pun terus percaya. Filem ini popular. Ditambah pula nama Jebat lebih diperkatakan, lalu secara popularnya – biarlah Jebat sajalah jadi penderhaka.

Kita juga lebih merujuk Hikayat Hang Tuah, apabila mahu spesifik pada isu kepahlawan – jadi kita macam setuju, biar nama Jebat jadi watak petualang ini.

Apa pun, di luar filem, kita tidak abaikan Sejarah Melayu yang si Penderhaka itu ialah Kasturi pula.



Ini sejarah abad ke 15. Kisah lima pahlawan sohor dalam edisi perwira Empayar Melaka. Selepas 500 tahun, epik lima pahlawan Melayu ini terus menjadi aspirasi dan melengkapkan kesohoran Melaka.

Meskipun Portugis merampas teks asal Sejarah Melayu pada 1536 – ia tidak melenyapkan kehebatan lima bersaudara kunci Epik Melayu ini.

Banyak momen sepintas lalu dalam kedua-dua teks mahakarya Melayu ini. Kalaulah difilemkan, kita pasti juga mahu menonton betapa besarnya tragedi insiden bola raga terkena dastar anak raja.

Bola raga dan dastar dalam insiden ini jadi punca politik Melaka terbelah dua. O! Bayangkan, betapa dramatiknya Sejarah Melayu. Dalam filem, insiden bola raga dan dastar pastinya twist climax yang menggegarkan harga sinema.

Apa pun, dalam Hikayat Hang Tuah ada satu lagi nama yang momennya hanya sepintas lalu. Kurang diberikan perhatian, walaupun kisahnya amat tragik dalam konteks filem.

Kisah Megat Panji Alam

Dia mangsa insiden yang sarkastik. Malahan tragik dan sangat beragan. Namanya dalam teks tersebut sangat tercalar. Meski pun, sudah 500 tahun kisah berlalu – pembaca yang menghayati nasib Megat Panji Alam pasti sebak dan boleh menitiskan airmata.

Nama Megat Panji Alam menjadi kerdil kerana teks mencatatkan namanya sebagai mangsa. Atau watak alegori demi mengangkat nama Tuah jadi lebih hebat dan berlagenda. Megat Panji Alam dalam teks ini, adalah pahlawan Terengganu yang kehilangan tunangnya – Tun Teja.

Lebih tragik, tunangnya gadis Pahang itu, dilarikan Hang Tuah untuk diserahkan kepada Sultan Melaka.



Wow! Epik sungguh dramanya. 500 tahun lalu, sudah ada cinta jarak jauh Terengganu ke Pahang. Malah, sudah ada pendajal yang menggunakan glamernya sebagai pahlawan Melaka untuk memikat dan mengorat tunangan orang. Punyalah tragik, setelah dipikat dan dibawa lari, Tun Teja diserahkan begitu sahaja pada Sultan Melaka.

Epiknya cinta ini menyebabkan Megat Panji Alam kehilangan harga diri. Tunangnya lari mengikut pahlawan dagang wakil Sultan Melaka.

Di luar teks, Megat Panji Alam tidak berdiam diri melopong begitu saja. Mana mungkin wira Terengganu ini membiarkan Tun Teja dilarikan begitu saja.

Maka, disebut orang dek marahnya – Megat Panji Alam mengumpulkan bala tentera seramai 4 ribu orang. Megat Panji Alam yang bengkak hatinya itu, berhasrat naik Gajah Syah Kertas menuju medan tempur untuk membawa pulang tunangannya.

Di sisi Megat Panji Alam, tercatat satu lagi nama, Megat Kembar Ali. Duo Megat siap untuk bergajah raja bersama bala tentera yang besar batalionnya. Berarak dari Terengganu ke Melaka.

Hebat sungguh kisah cinta dalam epik ini!

Namun ia tidak berakhir begitu saja.

Mendengarkan berita 4 ribu perajurit bakal melanggar Melaka, maka misi damai diatur. Ada versi menyebut, tiga serangkai Tuah, Jebat dan Kasturi dihantar ke Terengganu bagi menyelesaikan isu ini.

Megat Panji Alam dan Megat Kembar Ali ketemu Tuah. Tapi keduanya maut kala bertikam dengan Jebat dan Kasturi!

Wow! Epiknya…

Akan muncul tidak lama lagi!


0 comments:

share2