Sayur-sayuran memang sudah diketahui khasiat mineral dan kebaikannya. Namun kadang-kadang apa yang menjadi kerunsingan kita adalah unsur-unsur yang digunakan dalam membekalkan nutrien kepada tanaman sayuran tersebut. Contohnya membeli sayur di pasaran yang kelihatan segar bugar dan gemuk ada kalanya menggunakan baja kimia yang banyak dalam proses penanamannya. 

Jadi bagi mengatasi masalah ini menanam sendiri sayuran dan menghasilkan sendiri bajanya lebih terjamin dan selamat. Web Impiana berkongsi dengan anda cara menghasilkan sendiri baja bio-nutrien untuk kegunaan tanaman pokok sayur berbuah di kediaman. Prosesnya mudah dengan bahan yang ringkas dan murah harganya.


BAJA CECAIR BUAH - Sesuai Untuk Pokok Sayur Berbuah



1.Pisang atau betik atau buah yang boleh diperam – 1 kg
2.Gula merah – 500 gram
3.Telur – 1 biji
4.Bekas pemeraman

Cara penyediaan
1.Potong pisang kecil-kecil bersama kulitnya sekali (4846)
2.Masukkan sedikit gula merah ke dalam bekas (4843)
3.Kemudian lapiskan pisang yang telah dipotong sedikit demi sedikit. (4852)
4.Ulangi lapisan dan tinggalkan ruang sebanyak 1/3 di atasnya.(4857)
5.Pecahkan telur dan dikacau sedikit, masukkan untuk lapisan terakhir (4863)
6.Tutup bekas pemeraman menggunakan kertas putih atau tutup separa anaerobik.
7.Peram selama 10 hari di tempat gelap kemudian tapis dan baja cecair boleh digunakan. (4892)

BAJA CECAIR IKAN



Bahan-bahan

1.Ikan – 1 kg
2.Gula merah – 1 kg
3.Bekas pemeraman

Cara penyediaan

1. Masukkan sedikit gula merah ke dalam bekas pemeraman. 
2. Potong ikan kecil-kecil
3.Kemudian lapiskan ikan yang telah dipotong sedikit demi sedikit. Diikuti dengan gula merah agar membentuk lapisan secara berselang seli.
4.Ulangi lapisan dan tinggalkan ruang 1/3 di atasnya.
5.Tutup bekas pemeraman menggunakan kertas putih atau tutup separa anaerobik.
6.Peram selama 10 hari di tempat gelap kemudian tapis dan baja cecair boleh digunakan.


Cara Penggunaannya:
1. Campurkan 5ml baja cecair buah + 10 ml baja cecair ikan + 1 liter air
2. Siram atau sembur pada tanaman selepas lima minggu ditanam. .