Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, June 9, 2016

TEBUSAN BEBAS: TIADA BAYARAN DIBUAT POLIS


Khalid Abu Bakar


Kuala Lumpur - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan tiada bayaran wang tebusan dibuat pihaknya terhadap mangsa warga tempatan yang diculik di perairan Pulau Ligitan, Semporna, April lalu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, kesemua mangsa ini berjaya dibawa pulang oleh pasukan khas PDRM dari Selatan Filipina, awal pagi semalam.

Menurutnya, kini mereka berada di Sandakan, Sabah untuk pihak perubatan menjalankan pemeriksaan terdapat mereka sebelum dibawa ke Kota Kinabalu.

“Berdasarkan gambar yang saya lihat, mereka dalam keadaan sihat dan kita tunggu dalam masa terdekat sebelum ambil keterangan mereka.

“Setakat ini kita belum lagi ambil keterangan dari mereka,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad ke-81, di sini, hari ini.

Mengulas tentang bayaran wang tebusan, Khalid berkata, beliau sendiri tidak tahu tentang wang tebusan.

“Kita tidak ada membuat sebarang bayaran..tanyalah pada keluarga mangsa,” katanya.

Beliau berkata, apa yang penting mangsa dalam keadaan selamat dan bagaimana kita lakukan itu terserah pada PDRM. Cuma diingatkan agar masyarakat memberi kepercayaan dan keyakinan dalam polis mengendalikan perkara demikian.

Katanya, perkara ini tidak boleh didedah kerana ia akan melibatkan kesukaran kepada pihaknya.

Empat rakyat Malaysia itu adalah Wong Teck Kang, 31; Wong Hung Sing, 34; Wong Teck Chii, 29, dan Johnny Lau Jung Hien, 21.


0 comments:

share2