Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 5, 2016

PERTEMBUNGAN TIGA PENJURU DI SUNGAI BESAR


PRK Sungai Besar


Sungai Besar - Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara BN, Pas dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Pengumuman itu diumumkan Pengurus PRK Sungai Besar, Khairuddin Md Som di Pentas Pekarangan Dewan Seri Bernam di sini, pada jam 10.30 pagi tadi.

Tiga calon, iaitu Budiman Mohd Zohdi dari Barisan Nasional (BN), Dr Abdul Rani Osman daripada Pas dan Azhar Ab Shukor dari Amanah yang mewakili Pakatan Harapan, iaitu gabunan parti PKR-DAP-Amanah telah menyerahkan borang pencalonan masing-masing.

Sebelum itu, Adun Sungai Panjang, Budiman, 44, diiringi Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar telah berarak dari Umno Cawangan Sungai Besar, kira-kira 1 kilometer dari pusat penamaan calon pada jam 8.30 pagi.

Kira-kira 3, 000 pemimpin dan penyokong BN berarak ke pusat penamaan calon.

Sementara Pas yang menamakan Adun Meru, Dr Abdul Rani, 58, sebagai calon parti itu diiringi Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Turut mengiringi calon Pas, Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mahmod, Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan)Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir, Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad, Ketua Lajnah Penerangan Pas Pusat, Nasrudin Hassan bersama penyokong parti itu.

Sementara Amanah yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan mempertaruhkan Azhar, 51, yang diiringi Presiden amanah, Mohamad Sabu.

Selain Mohamad Sabu, beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang turut hadir memberi sokongan kepada calon parti itu antaranya, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ibrahim, Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Sungai Besar akan diadakan serentak dengan PRK Kuala Kangsar di Perak pada 18 Jun ini, dengan tarikh penamaan calon ditetapkan pada 5 Jun, manakala pengundian awal pada 14 Jun.

Kedua-dua PRK itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Tan Sri, Noriah Kasnon yang juga Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi dan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak, pada 5 Mei lalu.

Pada PRU-13, Noriah mendapat 18, 695 undi dengan majoriti 399 undi mengalahkan calon PAS, Mohamed Salleh M.Hussin yang memperoleh 18, 296 undi.

Sungai Besar mempunyai 42,836 pengundi berdaftar dengan 67.18 peratus pengundi Melayu, 30.68 peratus pengundi Cina, 1.91 peratus pengundi India dan 0.23 peratus pengundi dari kaum lain.


1 comments:

  • AZLINA says:
    June 5, 2016 at 3:13 PM

    Salam Mintak maaf kepada tuan punya blog nak tumpang letak iklan Homestay Untuk Pilihan Raya Kuala Kangsar JIka ada sesiapa masih mencari homestay untuk 5/6/2016 -18/6/2016 http://homestaykualakangsarku.blogspot.my/2016/06/anda-masih-mencari-homestay-di-kangsar.html Terima Kasih

share2