Keganasan tercetus apabila penyokong bergaduh antara satu sama lain di Stade Velodrome selepas aksi England dengan Rusia yang berakhir dengan keputusan seri, awal pagi semalam.
Penyokong dilihat bergaduh sebaik wisel penamat dibunyikan dengan penyokong Rusia mengoyakkan bendera England dan berlari ke arah tempat duduk lawan mereka itu, seminit selepas aksi sulung Kumpulan B itu berakhir dengan keputusan 1-1.
Ratusan penyokong England dikejar oleh penyokong holigan Rusia dan insiden yang berlanjutan selama 30 minit itu disifatkan sebagai malam mengecewakan buat bola sepak Inggeris.
Kesatuan Bola Sepak Eropah (Uefa) difahamkan mengumumkan bakal memulakan siasatan terhadap insiden terbabit dengan Rusia dijangka berdepan hukuman di atas tindakan penyokong mereka.
Sementara itu, Menteri Sukan Rusia, Vitaly Mutko berkata, Rusia mungkin didenda akibat tindakan liar penyokong mereka sewaktu menyaksikan perlawanan tersebut.
“Kita akan didenda oleh Uefa, jadi saya faham. Kita tidak menjaga tingkah laku,” kata Mutko yang turut memaklumkan pegawai Rusia akan menyiasat insiden yang berlaku.
0 comments:
Post a Comment