Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, June 13, 2016

PEMBANGKANG MANIPULASI GST, MAHU RAKYAT BENCI KERAJAAN


Ahmad Husni


Kuala Kangsar - Pembangkang yang masih berterusan memanipulasikan isu Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dilihat hanya bertujuan menyemai kebencian rakyat terhadap kerajaan, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah.

Beliau berkata sejak dilaksanakan 1 April tahun lepas, pelbagai isu dibangkitkan pembangkang berkaitan GST termasuk dakwaan kononnya cukai itu akan dinaikkan lagi.

"Ini semua permainan pembangkang yang sengaja membangkitkan perkara ini dari masa ke semasa. (Namun) Rakyat boleh nilai sendiri sekarang terhadap apa yang kerajaan laksanakan ke arah kebaikan rakyat itu sendiri meliputi semua latar belakang," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sijil Kelayakan dan Inden Kerja Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad Datuk Dr Abd Latiff Ahmad.

Seramai 77 penerima menerima Sijil Kelayakan RMR1M berjumlah RM20,000 setiap seorang.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan pembangkang bahawa kerajaan akan menaikkan lagi kadar GST kepada lapan peratus.

"Kalau kita perhatikan sejarah dalam politik, apa yang pembangkang buat. Tiada apa yang mereka bawa selain provokasi," katanya yang juga Bendahari Umno.


0 comments:

share2