Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, June 14, 2016

PEKERJA BINAAN MAUT TERSEPIT MESIN BANCUH SIMEN

Pekerja binaan maut tersepit mesin bancuh simen



Jasin - Seorang pekerja binaan maut dipercayai tersepit pada mesin pembancuh simen ketika sedang membersihkan mesin tersebut di tapak pembinaan di sebuah kilang kaca di Lipat Kajang, di sini, semalam.

Mangsa, M A Kumar, 19, dari Taman Kelubi Damai, berada di dalam mesin sedalam 20 meter yang diletakkan di atas lantai sebelum ia tiba-tiba berfungsi sendiri dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi.

Difahamkan, akibat kejadian mangsa tersangkut pada bilah pembancuh simen berkenaan sebelum dirinya ditemui rakan sekerja yang berada di kawasan berhampiran.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Sampornak Ismail berkata, siasatan awal mendapati mangsa sedang melakukan kerja penyelenggaraan sebelum mesin tersebut bergerak.

"Siasatan lanjut masih diteruskan namun setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya ketika ditemui di sini, semalam.


0 comments:

share2