Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, June 19, 2016

KEMENANGAN BN BUKTI RAKYAT TOLAK TOHMAHAN


Tengku Adnan

Sungai Besar - Kemenangan BN dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar membuktikan bahawa segala tohmahan yang dilemparkan kepada parti berkenaan ditolak oleh rakyat.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan memaklumkan bahawa dengan kemenangan itu juga sekali gus menunjukkan rakyat tidak mempercayai segala kata-kata yang dilemparkan oleh pihak tidak bertanggungjawa ke atas parti berkenaan sebelum ini.

"BN mengucapkan syabas dan terima kasih di atas kerja kuat jentera untuk memastikan BN menang dalam PRK kali ini," katanya kepada pemberita selepas pengumuman keputusan PRK Sungai Besar malam tadi.

Dalam pada itu, Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Irmohizam Ibrahim berkata, dengan kemenangan BN tersebut, pihaknya berharap agar segala agenda-agenda yang telah dijanjikan kepada rakyat sewaktu kempen PRK dapat dilunaskan dan digerakkan dalam memastikan persiapan yang lebih kuat bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang

Beliau berkata, rata-rata rakyat ingin melihat harapan yang tinggi bagi meneruskan kesinambungan yang ingin dilakukan oleh ahli Parlimen baru untuk membawa suara rakyat.

"Agenda-agenda ini diharap dapat dibawa khususnya apa yang telah dirancang oleh penyangdannya, Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon sebelum ini," katanya.

PRK Kawasan Parlimen Sungai Besar diadakan berikutan kematian Noriah yang juga Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi selepas terkorban dalam nahas helikopter terhempas di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.

Pada Pilihan Raya Umum 13(PRU13) lalu, Noriah mendapat 18,695 dengan majoriti 399 undi mengalahkan calon Pas, Mohamed Salleh M Hussain yang memperoleh 18, 296 undi.


0 comments:

share2