Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, May 6, 2016

WANITA `TAK SENGAJA' TERIMA AS$4.6 JUTA


Wanita 'tak sengaja' terima AS$4.6 juta


Sydney - Seorang wanita yang didakwa menerima AS$4.6 juta secara tidak sengaja dari sebuah bank ditahan di lapangan terbang Sydney, semalam.

Menurut Dailymail, warganegara Malaysia berumur 21 tahun berkenaan menerima wang berkenaan dalam bentuk 'overdraft' empat tahun lepas.

Wanita berkenaan didakwa tidak memberitahu pihak bank mengenai kesilapan tersebut.

Beliau yang dibicarakan di mahkamah juga didakwa mengambil kesempatan membeli barangan mewah dengan menggunakan wang berkenaan.

Difahamkan, dari jumlah AS$4.6 juta yang dipindahkan, sebanyak AS$3.3 juta masih belum dipulangkan.

Dokumen mahkamah mendapati beliau melanggar undang-undang beberapa kali dalam beberapa kejadian diantara bulan Julai 2014 dan Mac 2015.

Wanita berkenaan dijamin sebanyak AS$1,000 dan dilarang untuk memohon untuk pasport.

Selain itu, beliau tidak dibenarkan menjejakkan kaki ke mana-mana lapangan terbang dan perlu melapor diri kepada pihak polis dua kali sehari.


0 comments:

share2