Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 11, 2016

SELAMBA CURI TABUNG


Selamba curi tabung


Rawang - Ibarat sudah profesional, seorang pencuri tabung masjid dengan selamba menjadikan kerja itu seperti kariernya.

Dalam kejadian jam 8 pagi kelmarin, seorang lelaki berusia 30-an dilihat masuk ke masjid membawa pemotong besi untuk memecahkan tabung Masjid Nurul Iman di sini.

Setiausaha masjid, Sulaiman Abu Samah berkata, pencuri itu juga mengaku sebagai bendahari masjid sewaktu disergah salah seorang jawatankuasa.

“Ahli jawatankuasa yang menegurnya wanita, jadi dia berani mengaku bendahari sebelum keluar hidupkan enjin motosikal dan tinggalkan pekarangan masjid.

“Biasanya waktu-waktu macam tu memang tak ada orang tapi Isnin hari tu ada program dhuha, jadi ahli jawatankuasa tu datang awal untuk buat persiapan dan terserempak suspek,” katanya.

Menurutnya, bunyi bising dari projek ubah suai di luar masjid memudahkan lagi kerja pihak tidak bertanggungjawab itu memotong tiga tabung di bahagian solat.

“Sudah tiga kali dia datang sini curi tabung, bukan dia tak tahu ada CCTV tapi dia buat tak nampak, muka pun didedahkan.

"Biasa dia buat kerja dalam pukul 11 ke 12 tengah hari tapi Isnin lepas, dia buat lebih awal.

“Sebelum ni dia hanya umpil saja tapi sekarang dia bawa pemotong besi pula. Anggaran kerugian sekurang-kurangnya RM300 hingga RM400,” katanya.

Sulaiman berkata, sebelum ini pihaknya sudah membuat laporan polis berkenaan kejadian curi sebelum ini namun tiada laporan dibuat susulan insiden kelmarin.


0 comments:

share2