Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, May 11, 2016

DIVA AA MUAT NAIK KAPSYEN TIDAK HORMAT MANGSA NAHAS HELIKOPTER?


Diva AA Muat Naik Kapsyen Tidak Hormat Mangsa Nahas Helikopter


Siapa yang tak kenal dengan figura yang menggelar dirinya Diva AA iaitu Azwan Ali, seorang pengacara dan pelakon sensasi.

Sejak dari dahulu, Azwan sememangnya tak pernah kontang dari kontroversi malah sering dikritik kerana keceluparan mulutnya sama ada melalui siaran media televisyen dan akhbar mahupun di media sosial.


Terbaharu, Diva AA dikatakan telah memuat naik satu posting yang tidak menghormati mangsa nahas helikopter yang berlaku minggu lalu.



Diva AA yang juga adik kepada Menteri Besar Selangor,Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah mengejutkan ramai pihak dengan kenyataan itu disamping hashtag yang digunakan.

Antara kapsyen yang dikatakan mencetuskan kontroversi itu ialah, “SIGNAL TUHAN SANGAT JELAS DI NEGERI SIBUK BERKEMPEN DEMI POWER? BUT MEMASING? YG HADOOOOO AMBIK IKTIBAR! SIAP ANJUR #AnugerahMALAPETAKA #AnugerahTERSIALLLnegara AHAD INI? #PUIIJERRR.”

Malah kenyataan itu disokong oleh beberapa peminat fanatik Diva AA.

“Bn naik..macam2 jatuh,” tulis d_laverns.co.

“Betul tu diva @divaazwanavaz tuhan bayar Cash, tapi kita atas dunia ni buat2 xnmpak jer. Rakyat Syria bjuang utk hidup kita kt Malaysia dgn anugerah sampah. Sedih!,” kata seorang lagi netizen shafinaszmanhasiff.

Ternyata komen-komen pedas yang digunakan seolah-olah tidak menjaga dan menghormati ahli keluarga mangsa yang sekarang ini tengah diselubungi kesedihan atas kehilangan insan tersayang.


0 comments:

share2