Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 1, 2016

#PRNSARAWAK: KELUARGA ASAS PEMBENTUK PERPADUAN KAUM




Sri Aman: Ibu bapa dalam institusi keluarga perlu memupuk semangat perpaduan di kalangan ahlinya sebagai perkara paling asas.

Perpaduan perlu bermula dari rumah seterusnya diterapkan kepada anak-anak di di luar rumah, di sekolah antara pelajar dan guru, jiran tetangga, masyarakat setempat dan antara kaum dalam komuniti berbilang bangsa dan agama.

"Sarawak merupakan model perpaduan dan keharmonian terbaik yang ditunjukkan di kalangan masyarakat berbilang bangsa serta etnik yang mempunyai keunikan tersendiri. Elemen inilah yang perlu dikekalkan oleh masyarakatnya dengan menolak anasir-anasir melampau yang boleh menggugat perpaduan masyarakat Sarawak", kata Dato' Sri Rohani Abdul Karim, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Ahli Parlimen P201 Batang Lupar.

Beliau turut memuji inisiatif yang ditekankan oleh Ketua Menteri Sarawak di mana konsep perpaduan telah di beri fokus dalam '53 Prinsip dan Tindakan' selama beliau menjadi Ketua Menteri serta perkara ke-2 dan ke-3 dalam Menifesto BN 2016 iaitu mempertahankan keamanan & keharmonian negeri Sarawak dan memelihara budaya, warisan & kepercayaan pelbagai kaum.

Maka tidak hairanlah Kuching telah dipilih sebagai Bandaraya Perpaduan yang pertama seumpamanya di Malaysia seperti diumumkan Perdana Menteri tahun lalu.

Beliau berkata demikian sewaktu merasmikan Program 'Strive 4 Unity' yang dianjurkan oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) di Stadium Mini Sri Aman. Turut hadir calon BN N28 Lingga, Hjh Simoi Peri.

Dato' Sri Rohani Abdul Karim turut merasmikan Program Bersamamu Masyarakat di Dewan Kampung Melayu Stumbin dan Program Pemimpin bersama Rakyat di Rumah Panjang Raweng di sini.


0 comments:

share2