Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, May 1, 2016

#PRNSARAWAK: ADENAN BENAR RAFIZI MASUK SARAWAK LIMA HARI


Rafizi Ramli


Shah Alam - Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli memberitahu Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem telah memberi kebenaran kepadanya untuk memasuki negeri itu selama lima hari setelah dikenakan sekatan sejak April 2014.

Menurut Rafizi, maklum balas itu diterima melalui balasan e-mel daripada Setiausaha Sulit Kanan Adenan, Azmi Bujang.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada Tan Sri Adenan Satem yang telah memberi maklum balas permohonan masuk ke Sarawak yang saya hantar, semalam.

“Pada jam 10.16 malam semalam, saya mendapat yang memaklumkan bahawa saya dibenarkan masuk ke Sarawak dan tinggal selama lima hari sahaja,” katanya dalam satu kenyataan.

Semalam Rafizi mencuba nasib memohon untuk memasuki Sarawak setelah Adenan dilaporkan berkata akan mempertimbangkan melanjutkan tempoh tinggal dua pemimpin pembangkang ke negeri itu.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan berkata, ada segelintir yang tidak bersetuju apabila beliau dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menulis surat permohonan kepada Adenan untuk masuk ke Sarawak.

“Bagi mereka ini satu bukti kami tunduk kepada Adenan. Sebenarnya kami menghargai dan menghormati hak rakyat Sarawak mempunyai autonomi dalam perkara-perkara berkaitan imigresen.

“Malah ini selaras juga dengan janji PKR kepada penduduk Sabah dan Sarawak bahawa Pakatan Harapan akan mengekalkan autonomi tersebut termasuk di dalam perkara-perkara berkaitan imigresen,” katanya.

Beliau yang tidak bersetuju dengan salah guna autonomi imigresen oleh Ketua Menteri Sarawak itu dalam menyekat pembangkang daripada berkempen dalam PRN Sarawak ke-11 tersebut memberitahu surat yang dikemukakan kepada Adenan itu sebaliknya bernada satira dan menyindir.

“Namun itu tidak bermakna jika saya tidak bersetuju dengan tindakan salah guna oleh Tan Sri Adenan Satem, saya juga kena menidakkan hak rakyat Sarawak dalam perkara autonomi imigresen ini.

“Saya menghormati autonomi imigresen rakyat Sarawak dan jika perlu menulis setiap kali mahu masuk atas dasar menghormati autonomi itu maka saya tidak ada masalah untuk membuat permohonan,” katanya.


0 comments:

share2