Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, May 16, 2016

KISAH MISTIK DI LEBUH AMJ, BENAR KE TIDAK?


Kisah mistik di Lebuh AMJ, benar ke tidak?


Lebuh AMJ yang menghubungkan Simpang Ampat di Alor Gajah dengan Muar, Johor, tiada berbeza dengan puluhan lebuh raya lain di Malaysia.

Bagaimanapun, berbeza dengan kebanyakan laluan lain di Malaysia, populariti Lebuh AMJ ternyata bukan sekadar sebagai laluan yang memudahkan pengguna tetapi juga ekoran pelbagai cerita mistik yang dikaitkan dengan lebuh raya berkenaan.

Walaupun kesahihan cerita sebegini boleh dipertikaikan, malah sering dipersoalkan sesetengah pihak, namun tidak boleh dinafikan sememangnya dunia internet merupakan lubuk pelbagai cerita mistik yang dikaitkan dengan Lebuh AMJ ini.

Persekitaran lebuh raya yang sememangnya gelap pada waktu malam, dengan pokok getah dan kelapa sawit di kiri kanan jalan, memang diakui sedikit sebanyak menimbul suasana menakutkan terutama di beberapa lokasi di lebuh raya ini.

Malah, pada awal pembukaan lebuh raya ini, keadaan gelap inilah yang sering dikaitkan pengguna lebuh raya dengan beberapa kemalangan maut yang pernah dilaporkan berlaku.

Ketika ia baru beroperasi, masalah binatang ternakan, terutama lembu yang berkeliaran di atas lebuh raya berkenaan turut menjadi antara isu yang sering ditimbulkan.

Bagaimanapun, tindakan pihak berwajib memasang pagar di beberapa lokasi di sepanjang lebuh raya ini yang dikenali sebab antara kawasan popular untuk ternakan berkeliaran telah mengurangkan kejadian sedemikian.

Bukan itu sahaja, pemasangan lampu di beberapa kawasan di lebuh raya ini, terutama di kawasan yang dikenali sebelum ini sebagai kawasan kemalangan, juga banyak membantu mengurangkan insiden kemalangan.

Bagaimanapun, usaha menjadi lebih raya ini lebih ‘mesra pengguna’ sama sekali tidak memadamkan cerita-cerita yang sering mengaitkan Lebuh AMJ dengan kejadian mistik, hantu dan sebagainya.


0 comments:

share2