Kuantan - Semua ahli Umno diingatkan supaya jangan khuatir dengan fitnah yang dilemparkan sesetengah pihak kepada parti Umno.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana parti politik tidak akan terlepas daripada ujian fitnah.
Menurutnya, jika perkara yang disebarkan tidak benar, pasti akan berlaku karma kepada mereka yang berbuat demikian.
"Justeru, saya mengingatkan semua pemimpin dan ahli Umno agar jangan buka aib orang, jika tidak orang akan buka aib kita," katanya pada Malam Sumbangsih Umno Bahagian Paya Besar, di Bukit Gambang Resort, di sini, malam tadi.
Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob dan Ketua Umno Bahagian Paya Besar, Datuk Abdul Manan Ismail.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden Umno turut mengingatkan pemimpin yang sudah bersara agar menerima keadaan itu dengan hati terbuka.
"Terima hakikat zaman sudah berlalu dan berikan kepercayaan kepada pelapis untuk meneruskan kepimpinan.
"Selain itu, sebagai pemimpin juga, kita harus bersikap adil kepada semua pihak," katanya.
Dalam pada itu, beliau bangga dengan keutuhan Umno Bahagian Paya Besar yang berjaya mengekalkan keempat-empat kerusi.
"Sokongan padu daripada akar umbi adalah rahsia kejayaan Umno Bahagian Paya Besar," katanya.
0 comments:
Post a Comment