Johor Bahru - Seorang murid tahun satu Sekolah Kebangsaan (SK) Mohd Khir Johari, di sini dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) setelah didakwa dipatuk ular pada pergelangan tangan kanan.
Guru sekolah berkenaan, Mohamad Ridhwan Othman, berkata, kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.40 petang tersebut dikatakan berlaku semasa mangsa, bersama seorang rakannya baru sahaja keluar dari tandas sekolah berkenaan.
Katanya, Mohd Nur Amsyar kemudian bergurau dengan rakannya itu di luar tandas sebelum terjatuh di kawasan lalang dan kemudiannya dipatuk seekor ular.
"Ketika kejadian pihak sekolah sedang menjalankan majlis bacaan yassin di dewan. Amsyar kemudiannya datang ke saya untuk meminta izin ke tandas bersama seorang rakannya.
"15 minit selepas itu, dia mengadu sakit di pergelangan tangan dan mendakwa telah dipatuk ular yang berada di sekitar kawasan lalang berhampiran tandas yang digunakan," katanya ketika ditemui di HSA, semalam.
0 comments:
Post a Comment