Bagi peminat Puteri Diana yang teringin untuk merasai pengalaman tidur di kediaman wanita itu ketika zaman kanak-kanak, anda boleh melakukan demikian.
Namun bukanlah secara percuma sebaliknya pengujung perlu membayar AS$25,000 (RM102,908) untuk menikmati hujung minggu di kediaman yang terletak di ladang Althorp di Northamptonshire, England.
Kediaman itu kini dimiliki abang Puteri Diana, Earl Charles Spencer dan isterinya, Countess Karen Spencer yang mencetuskan idea menawarkan penginapan 90 bilik untuk mengumpulkan dana kebajikan untuk Whole Child International.
"Saya selalu fikir rumah ini dapat memberi sumbangan," kata Earl Charles Spence kepada NBC News.
Sepanjang penginapan, pengunjung dapat melihat koleksi seni bertaraf dunia termasuklah karya Da Vinci dan Reynolds dan himpunan barangan yang dikumpulkan 18 generasi keluarga Spencers.
Pengunjung turut diberi akses bersiar di tanah berkeluasan 13,000 ekar dimana mereka turut dapat memberi penghormatan kepada memorial Puteri Diana yang dibina khas.
Mediang diraja itu disemadikan di sebuah pulau kecil di Tasik Oval yang kini menjalani pengubahsuaian reka bentuk yang dijangka siap sebelum ulang tahun kematiannya pada Ogos 2017.
Kediaman tersebut telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 1998 setahun selepas Puteri Diana maut dalam kemalangan kereta di Paris.
0 comments:
Post a Comment