Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, April 26, 2016

#PRNSARAWAK: SIAPA MEMPERJUANGKAN DAN SIAPA CAKAP KOSONG?




Selama ini bukan main hebat kononnya DAP hero memperjuangkan hak autonomi Sarawak dan menyatakan bahawa Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem hanya bercakap kosong. Apa yang dilakukan oleh DAP selama ini kononnya mereka pencetus idea apa yang Adenan lakukan sekarang.

Realitinya Adenan lebih awal bertindak dan paling lantang memperjuangkan hak Sarawak mengikut peraturan yang berlandaskan apa yang termaktub dalam perlembagaan serta cara yang lebih efisyen dan terurus. Bab-bab yang diutamakan terlebih awal adalah menyempurnakan perkara berkenaan imigrasi iaitu menyekat mana-mana individu yang dikesan boleh menyebabkan keamanan dan keharmonian rakyat Sarawak terjejas. Perkara sedemikian Adenan telah praktikkan terlebih awal mengikut apa yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963.

Apa yang menjadi persolaalan sekarang ialah kenyataan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen merangkap ADUN Kota Sentosa sebelum ini dengan lantang mengatakan bahawa DAP akan menjadi tunjang penegak hak autonomi Sarawak secara keseluruhan.

Adakah DAP memperjuangkan hak autonomi Sarawak sebenarnya ?

Menurut apa yang dikatakan oleh Chong akhir-akhir ini, beliau menggesa Ketua Menteri menarik balik larangan terhadap pemimpin-pemimpin pembangkang masuk ke Sarawak. Dari kenyataan tersebut rakyat semakin keliru apa sebenarnya agenda DAP. Sekejap kata memperjuangkan Sarawak tetapi boleh pula menggesa untuk menarik balik larangan tersebut.

Apa yang berkaitan dengan sekatan kemasukan individu masuk ke Sarawak telah tercatit dalam Perjanjian Malaysia 1963. Itu yang dipraktikkan oleh Adenan tetapi Chong mengingkari apa yang terdapat dalam perjanjian tersebut iaiti prihal perkara imigrasi. Jadi di sini siapa yang memperjuangkan hak autonomi Sarawak sebenar?

Terbukti Chong yang selama ini berdegar-degar melaungkan hak autonomi rupanya sekadar cakap kosong sahaja. Baru isu sekatan imigrasi Chong sudah mula ingkari perjanjian 1963 apatah selepas ini lebih banyak lagi hak Sarawak beliau akan ingkari. Rakyat sudah nampak permainan DAP yang mengambil kesempatan tentang isu 1963 dan sebagainya hanya sebagai bahanu untuk mempengaruhi pengundi dan buka berhasrat memperjuang dengan erti kata sebenar. Nampak jelas DAP tidak berjuang hak Sarawak dan DAP hanya cakap kosong sahaja.


0 comments:

share2