Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, April 3, 2016

PRANK GOOGLE MAKAN DIRI


Prank Google makan diri


'PRANK' April Fool yang cuba dilakukan Google semalam menarik kecaman pengguna applikasi Gmail.

Prank tersebut menyaksikan Google menggantikan butang 'send' pada mel elektronik mereka kepada ikon 'mic drop'.

Pada hari tersebut, 'mic drop' akan menyertakan sebuah animasi GIF yang akan 'mematikan' hubungan diantara penhantar mel dan penerima mel di Gmail.

Menurut CNN Money, prank tersebut menyebabkan beberapa insiden terhadap mereka yang menggunakan applikasi Gmail untuk menghantar 'mel profesional', kakitangan syarikat dan bos-bos mereka.

"Ini sangat teruk! Saya terhantar sebuah mel kepada pelanggan saya dengan ikon bodoh ini. Saya tak boleh layan lagi prank sebegini!" kata seorang pengguna di forum maya Google.

"Saya terhantar mel bersama ikon prank ini ketika menghantar sebuah kontrak. Ini sangat mengarut dan sangat tidak kelakar!" luah seorang lagi pengguna Gmail.

Selepas beberapa jam, Google bertindak menarik balik prank tersebut.

"Nampaknya, kami hanya berjaya 'prank' diri kami tahun ini. 'mic drop' lebih banyak menyebabkan sakit kepala dari ketawa. Kami betul-betul minta maaf," kata Google dalam satu kenyataan kemudian.


0 comments:

share2