
Kuala Lumpur - Naib Ketua Pemuda Amanah, Shazni Munir Mohd Ithnin ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung penulisannya yang menghasut rakyat merusuh di jalan raya.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh ketika dihubungi Sinar Harian, mengesahkan penahanan terbabit.
Menurutnya, Shazni Munir ditahan kira-kira jam 2 petang, hari ini, selepas hadir sendiri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bersama dengan peguamnya.
“Shazni kini ditahan di lokap Jinjang sementara menunggu siasatan dijalankan.
“Kes akan disiasat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya.
Sabtu lalu, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar menulis di Twitter, “PCRIC dan Unit Siasatan Khas D5 @PDRMsia ambil tindakan ke atas penghasut ini,” yang memaparkan gambar Shazni Munir dengan pautan artikel daripada sebuah portal dengan tajuk ‘Kerajaan Malaysia hanya boleh ditumpaskan dengan rusuhan besar-besaran’.

0 comments:
Post a Comment