Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, April 4, 2016

LEBIH 100 ORANG KERACUNAN MAKANAN LEPAS MAKAN ROTI JALA


Lebih 100 orang keracunan makanan lepas makan roti jala


Tapah – Lebih 100 orang dikhuatiri keracunan makanan apabila mengalami muntah dan cirit birit selepas dipercayai makan roti jala bersama kuah kari ayam di sebuah sekolah menengah, di sini, semalam.

Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Datuk Dr Juita Ghazalie berkata, kesemua mangsa berusia antara 13 hingga 50 tahun dengan 54 daripadanya wanita.

Menurutnya, setakat pagi ini, seramai 44 orang dikesan mengalami simptom keracunan dengan 32 daripadanya telah dimasukkan ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut sejak pagi semalam.

“Mereka yang dimasukkan dalam wad ini melibatkan 22 lelaki dan 10 wanita, seorang pelajar dibawa sendiri oleh ibu bapanya untuk mendapatkan rawatan di hospital swasta.

“Sementara 11 lagi mangsa iaitu tiga pelajar lelaki dan 8 pelajar wanita ditempatkan di bilik rawatan sekolah, Pegawai Perubatan kita dari Klinik Kesihatan Tapah akan melawat secara harian ke sekolah untuk memantau perkembangan pelajar ini,” katanya.


0 comments:

share2