Kuala Lumpur – Pegawai Pemerintah Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) Parlimen Selayang, Datuk Mohd Sani Mohd Zin mengkritik tindakan seorang pemilik akaun Facebook yang didakwa menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor menunaikan umrah.
Menurutnya, tindakan pemilik akaun yang juga bekas senator DAP itu yang memuat naik gambar perdana menteri, dan isterinya memakai ihram dan duduk di dalam Masjidil Haram ketika melakukan umrah adalah tidak wajar.
“Tindakan dia (bekas senator DAP) ini telah menghina ibadah umrah sebagai isu politik,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul, kira-kira jam 11.30 pagi, semalam.
Hadir sama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain seperti Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM), Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM) dan Sekretariat Gerak Kerja Gabungan Ayahanda Selangor (Gegas)
Selain itu, tindakan seorang ahli jawatankuasa DAP Melaka turut mendapat perhatian beliau susulan tindakannya yang mempersoal sama ada dosa umat Islam dapat dihapuskan dengan pergi ke Makkah untuk beribadah.
Katanya, ini adalah satu perkara yang mempersenda dan penghinaan terhadap masyarakat Islam di negara ini.
“Kami harap pihak polis akan mengambil tindakan sewajarnya susulan perbuatan tidak sepatutnya ini,” katanya.
0 comments:
Post a Comment