Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Wednesday, March 9, 2016

SAKSI BERI GAMBARAN KEJADIAN PENUNTUT UITM DIKELAR


kes mahkamah


Taiping - Seorang saksi hari ini memberi gambaran tentang kejadian penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pulau Pinang yang maut dikelar seorang lelaki pada Februari tahun lalu.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Amril Johari berkata Pesuruhjaya Kehakiman, Mohamed Zaini Mazlan berada di lokasi kejadian di Km228.2 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan berhampiran Bukit Gantang selama kira-kira 45 minit bagi menyaksikan gambaran kejadian itu.

Tinjauan Bernama mendapati tertuduh Syarafi Abu, 25, turut berada di lokasi kejadian, namun hanya menunggu di dalam kenderaan polis.

Pada 16 Februari lepas, tukang masak itu didakwa atas pertuduhan mengelar penuntut itu, Nursyuhada Johari, 20, yang meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar, kira-kira pukul 2 petang, pada 2 Februari 2015.

Prosiding perbicaraan kes itu bermula semalam hingga Khamis ini dan pendakwaan dikendalikan Mohd Amril manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Naran Singh.


0 comments:

share2