Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 31, 2016

PENJAGA MAKMAL CUBA ROGOL PELAJAR DI KHALAYAK RAMAI


Penjaga makmal cuba rogol pelajar di khalayak ramai


Lingshan - Beberapa foto viral memaparkan seorang penjaga makmal di sekolah tinggi di China berbogel dan cuba merogol seorang pelajar dengan disaksikan pelajar yang lain.

Laporan dari Lingshan County, di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang Selatan China berkata, suspek yang dikenali sebagai Hou berusia 30 tahun, bekerja sebagai penjaga makmal di Taiping Middle School.

Hou dikatakan keluar dari sebuah bangunan sekolah dalam keadaan tidak berpakaian dan kemudian menarik seorang pelajar perempuan yang berada di berhampirannya dan cuba merogol pelajar itu.

Kira-kira enam pelajar sekolah yang lain terkejut melihat tindakan lelaki berkenaan.

Guru serta kakitangan lain berjaya menghalang lelaki berkenaan yang telah bekerja di sekolah berkenaan sejak beberapa tahun.

Jurucakap polis menahan Hou dan berkata, lelaki berkenaan mempunyai sejarah menghidap penyakit mental. ‎

"Suspek mengalami gangguan mental sejak 2011 dan doktor berkata, masalah kesihatannya akan menjadi baik jika berada dalam keadaan normal dalam masa dua tahun," katanya dipetik Mirror.uk.

Sementara itu, mangsa tidak mengalami kecederaan fizikal namun akan dirujuk kepada pakar psikiatri jika mengalami trauma emosi dan psikologi.


0 comments:

share2