Bekas pengendali Chelsea, Jose Mourinho disaran supaya membuat permohonan maaf secara terbuka kepada bekas doktor kelab berkenaan, Eva Carneiro.
Carneiro menghadiri Tribunal Pekerjaan Swasta di Croydon dimana wanita berusia 42 tahun tersebut mendakwa mahu menentang kelab dari London tersebut.
Corneiro yang ditemani oleh suaminya dan peguamnya sendiri juga memaklumkan bahawa pihaknya telah mengambil tindakan undang-undang terhadap Mourinho berikutan didakwa melakukan penganiayaan dan diskriminasi.
Menurut laporan Squawka.com, sekiranya langkah penyelesaian yang dicadangkan oleh hakim tidak diterima oleh ketiga-tiga pihak(Carneiro, Maurinho dan Chelsea), maka kes berkenaan akan diteruskan ke Tribunal Pekerjaan Awam yang akan bersidang pada 6 Jun akan datang.
Carneiro sebelum ini melepaskan jawatan sebagai doktor pasukan berkenaan pada September tahun lalu selepas dikritik hebat oleh Mourinho berikutan memasuki kawasan padang bagi memberikan rawatan kepada pemain sayap, Eden Hazard ketika perlawanan pembukaan musim menentang Swansea City.
Mourinho yang berang dengan insiden tersebut mengambil keputusan untuk menghalang Carneiro daripada menjadi sebahagian daripada pasukan utama.
Dalam pada itu, Mourinho yang dipecat daripada Chelsea sebelum ini juga berharap dapat kembali semula dalam pengurusan bola sepak pada musim akan datang malah Manchester United turut menyatakan minat terhadapnya.
0 comments:
Post a Comment