Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 25, 2016

KU LI TANDATANGAN DEKLARASI SOKONG NAJIB SEBAGAI PM


Ku Li tandatangan deklarasi sokong Najib sebagai PM


SHAH ALAM - Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa mengesahkan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah secara prinsip dan dasarnya menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sebagai perdana menteri.

Annuar berkata, perkara itu dibuktikan dengan tindakan ahli politik veteren itu menandatangi satu deklarasi untuk menyatakan sokongan terhadap Najib.

"Tengku Razaleigh Hamzah sebentar tadi menandatangani Deklarasi Kelantan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada kepimpinan Perdana Menteri dan juga merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak," katanya menerusi posting terbaharu Facebooknya.

Sementara itu, Annuar berkata dalam pertemuan yang diadakan dengan Perdana Menteri itu juga, para pemimpin Kelantan turut membawa isu-isu rakyat dan isu kemajuan Kelantan.

“Antaranya termasuk permohonan untuk pembesaran airport (lapangan terbang), royalti minyak, lebuhraya Gua Musang-KB, Stadium TRW dan lain-lain.

“Pertemuan turut di hadiri Ku Li dan wakil rakyat BN… Semoga kita dapat yang terbaik untuk rakyat,” katanya.

Kepimpinan Najib sekarang berada dalam liku-liku yang sangat mencabar, mana tidaknya tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahahthir Mohamad yang menyertai Deklarasi Rakyat bagi menumbangkan Najib ternyata sedikit sebanyak telah menggoyahkan kepimpinan Najib.


1 comments:

  • Anonymous says:
    March 25, 2016 at 11:58 AM

    Hanya macai bengap yg tak tahu agenda sebenar puak legasi 22 tahun akan menyembah maharaja tersebut.
    Waris dah kaya..kroni2 dah kaya raya...APA lagi dia mahu???!!!!
    Diam dan beramal jer lah!!!!!
    Cukup2lah membuat tohmahan..fitnah..mengeji..mengutuk..mengata demi kuasa dunia yg sementara.
    Sedih...kroni2 hanya tersengih melihat gelagat2 negarawan melayu meroyan memyalak demi memewahkan mereka.
    APA yg mrk dapat?????

share2