Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 18, 2016

KES KEBAKARAN BELUKAR, HUTAN MENINGKAT 170 PERATUS


Bomba


Labuan - Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan merekodkan 136 kes kebakaran belukar dan hutan setakat ini, berbanding hanya 47 bagi tempoh sama tahun lepas, peningkatan sebanyak 170 peratus.

Musim kering yang berlarutan mengakibatkan peningkatan ketara kejadian kebakaran belukar di pulau berkenaan, sekali gus meletakkan anggota pasukan itu dalam keadaan berjaga-jaga sepanjang masa.

Pengarahnya, Zainal Madasin memberitahu Bernama sehingga kini, kebakaran yang berlaku melibatkan tanah terbiar seluas lebih 50 ekar, termasuk kebakaran besar memusnahkan kawasan seluas tiga ekar di Kampung Kerupang.

"Daripada keseluruhan 317 kes itu, 127 adalah kebakaran belukar dan sembilan kebakaran hutan. Tiada kebakaran hutan direkodkan dalam tempoh sama tahun lepas.

"Peningkatan ketara ini berlaku akibat fenomena El-Nino yang dijangka berlarutan sehingga April, dan kami menjangka jumlah kes akan meningkat sekiranya tiada hujan beberapa hari lagi," kata Zainal.

"Berdasarkan statistik kami, kawasan terjejas termasuk Simpang Langkan, Jalan Bebuloh, Kampung Sungai Bedaun, Kerupang, Jalan Arsat, Jalan Batu Arang dan Kampung Ganggarak. Saya berterima kasih atas kerjasama rapat orang ramai yang memaklumkan kepada kami tentang kejadian kebakaran belukar," katanya.

Sementara itu, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam kenyataan di Kota Kinabalu hari ini, berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah menerima 1,164 panggilan kecemasan mengenai pembakaran terbuka dari 17 Januari hingga 13 Mac tahun ini, bertambah 4.11 peratus.


0 comments:

share2