Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 25, 2016

KAZAKHSTAN HARAM TELEFON PINTAR DI PEJABAT


Kazakhstan haram telefon pintar di pejabat


Astana - Kerajaan Kazakhstan mengharamkan penggunaan telefon pintar oleh kakitangan awam serta pelawat yang berada di bangunan kerajaan negara itu.

Kakitangan serta pelawat perlu meninggalkan telefon pintar mereka di pintu masuk bangunan kerajaan bermula 24 Mac selaras dengan dasar baru yang bertujuan mencegah kebocoran maklumat dan dokumen rahsia kerajaan.

Arahan tersebut dikeluarkan berikutan peningkatan laporan kes kebocoran maklumat sulit melalui aplikasi WhatsApp.

Menurut sumber memberitahu Reuters, penjawat awam hanya dibenarkan untuk menggunakan peranti mudah alih asas tanpa kamera atau akses internet.

Dokumen penuh larangan diterbitkan oleh laman web berita tempatan Tengrinews.kz.

Kebocoran dokumen rahsia kerajaan sering berlaku dalam media di Kazakhstan.

Baru-baru ini turut dilaporkan berlaku kebocoran maklumat berkaitan rancangan penswastaan dan semakan bajet syarikat milik negara yang berkaitan dengan KZT.


0 comments:

share2