Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Friday, March 18, 2016

[JERANTUT] AIR KEROH JEJAS TERNAKAN IKAN KOLAM, MANA PEJUANG ALAM SEKITAR?

 


17.3.2016 - Pengusaha ternakan ikan patin dan tilapia disini meluahkan kekecewaan mereka terhadap pihak pelombong yang berterusan melepaskan air sisa membersih bijih terus ke dalam sungai yang menjadi punca air kepada lebih dari 40 buah kolam di Kg. Binjai.

Air sisa pembersihan sepatutnya dimendapkan didalam kolam khas terlebih dahulu sebelum dilepaskan ke sungai tetapi itu tidfak dilakukan oleh pihak berkenaan, demikian dakwaan salah seorang pengusaha ternakan ikan berkenaan.

Menurutnya lagi, kesan mendapan dari air sisa pembersihan bijih tersebut adalah lebih teruk berbanding air keruh yang dihasilkan dari pembalakan seperti yang didakwa mencemarkan kolam di Kg Baharu baru-baru ini.

Yang lebih menghairankan kenapa media arus perdana dan sebuah stesen tv swasta berkenaan tidak melihat pencamaran yang dihasilkan oleh perlombongan bijih ini lebih mendatangkan mudarat berbanding pembalakan yang kononnya mencemarkan alam sekitar serta memberi impak kepada sungai disekitar?

"Kenapakah pihak tertentu hanya prihatin terhadap kesan akibat pembalakan tetapi tidak kepada perlombongan yang lebih menjejaskan alam sekitar khususnya kepada sungai yang menjadi punca air bagi ternakan ikan kami" - katanya lagi.

Media arus perdana dan stesen tv swasta berkenaan mendakwa bahawa pembalakan akan menjejaskan lebih 40 buah kolam di Kg Baharu, hakikatnya adalah hanya beberapa buah kolam yang masih beroperasi di kampong berkenaan, selebihnya adalah kolam yang gagal diusahakan. Kenapakah media memberi fakta yang salah?

Menurut pengusaha berkenaan, pemimpin tempatan sudah maklum mengenai kualiti air ke kolam berkenaan namun tindakan berkesan masih gagal diambil bagi mengatasinya. Justeru, mereka sedang memikirkan untuk membuat satu laporan polis dalam waktu terdekat sekiranya rundingan masih belum dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.


Air kolam yang keruh akibat pencemaran dari sisa perlombongan


Beginilah air yang didakwa masuk ke kolam ternakan yang boleh membunuh
ternakan ikan pengusaha berkenaan


0 comments:

share2