Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 3, 2016

GANGGUAN INTERNET AKAN BERLARUTAN HINGGA HUJUNG BULAN INI




Telekom Malaysia (TM) menerusi laman Twitter telah mengeluarkan notis memaklumkan terdapat masalah sambungan Internet ke rangkaian antarabangsa, terutama dari Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) dan Asia Utara.

TM bagaimanapun masih tidak mengumumkan mengenai apakah terdapat masalah kabel terputus di dasar laut ataupun masalah lain yang mana perkara ini menurut mereka dijangka dapat diselesaikan menjelang 31 Mac kelak.

Disebabkan oleh masalah ini juga, sistem pelayaran web yang dihoskan di pelayan AS atau Asia Utara akan mengambil masa yang lebih lama berbanding keadaan tempoh kebiasaan.

Perkara ini seterusnya membuatkan peminat permainan online seperti DOTA2, Hons,LOL dan lain-lain tidak dapat dimainkan kerana masalah kelajuan membuatkan permainan jadi ‘delay‘, ‘lag‘ dan terdapat ‘packet loss‘.

Sehingga kini belum ada perkembangan terbaharu yang dikeluarkan oleh pihak TM tentang proses pembaikpulihan masalah tersebut.


0 comments:

share2