Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Thursday, March 10, 2016

EMPANGAN DI PULAU PINANG SEMAKIN KERING




Georgetown: Cuaca panas dan kering berikutan fenomena El Nino sekarang menyebabkan paras air di beberapa empangan utama di negeri ini susut dengan ada yang dilapor hanya mampu bertahan 77 hari lagi jika hujan tidak turun.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) Datuk Jaseni Maidinsa bagaimanapun berkata, kapasiti air masih pada tahap stabil.


Beliau berkata tahap air di Empangan Air Itam ialah 78.9 peratus dan di Empangan Teluk Bahang 74.2 peratus, masing-masing susut daripada 85.3 peratus dan 79.1 peratus yang dicatat 16 Februari lalu.

Sementara di Empangan Mengkuang, Bukit Mertajam, ia pada paras 92.9 peratus, tambahnya.

"Rizab air di Empang Air Itam masih mampu bertahan 77 hari lagi tanpa hujan, manakala rizab di Teluk Bahang boleh bertahan sehingga 226 hari.

"Kami menjangkakan Pulau Pinang akan mendapat hujan bermula pertengahan bulan April," katanya.

Jaseni berkata paras air di Sungai Muda berada pada 2.41 meter dan PBAPP sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga walaupun bekalan air di negeri ini berada pada paras stabil.

Pulau Pinang sudah lama tidak mendapat hujan iaitu daripada 16 Februari hingga 6 Mac dan kali terakhir hujan terutama di kawasan empangan ialah Isnin lalu.

“Kami meminta kerjasama penduduk Pulau Pinang menggunakan air dengan berhemah dan hentikan pembaziran air ," katanya.





0 comments:

share2