Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Tuesday, March 22, 2016

BRUSSELS BERGEGAR 2 LETUPAN KUAT 13 MAUT 35 CEDERA




Brussels – Sekurang-kurangnya 13 orang dilaporkan terbunuh dan 35 yang lain cedera susulan dua letupan kuat yang dilaporkan menggegarkan dewan berlepas Lapangan Terbang Antarabangsa Zaventem Brussels pada 22 Mac.

Menurut jurucakap polis Belgium dan beberapa laporan media tempatan, punca letupan dahsyat itu belum lagi dapat dipastikan namun pasukan tentera negara Eropah tersebut sudah dikerahkan mengawal tempat kejadian.

Pihak media pada masa yang sama juga melaporkan bahawa terdapat beberapa bunyi tembakan daripada senjata api dan teriakan kuat turut kedengaran sebelum berlakunya siri letupan berkembar tidak dijangka tersebut.

bruss1
Emergency personnel are seen at the scene of a blast outside a metro station in Brussels, in this still image taken from video on March 22, 2016. REUTERS/Reuters TV
bruss4

Aliran trafik laluan perkhidmatan kereta api ke terminal lapangan terbang yang dibuka sejak 1940 itu juga terpaksa digantung buat sementara waktu. Insiden dipercayai meletus pada pagi sibuk waktu tempatan.

Dalam pada itu laporan wartawan stesen Sky News, Alex Rossi yang kebetulan berada di lapangan terbang tersebut memberitahu, beliau dapat merasakan bangunan seperti bergegar sebelum melihat asap dan debu.

“Saya menuju ke arah letupan dan ramai orang yang kelihatan terkejut,” menurut beliau. Video di bawah ini menunjukkan orang ramai kelihatan lari bertempiaran dari kawasan lapangan terbang berkenaan.



Menurut para pegawai Lapangan Terbang Antarabangsa Zaventem Brussels, semua penerbangan keluar masuk dibatalkan dan ada juga sesetengah penerbangan yang dilencongkan ke beberapa destinasi berhampiran.

Pihak berkuasa Belgium kini meletakkan amaran ancaman pengganasan pada peringkat paling tinggi dan ia dipercayai ada kaitan dengan penahanan suspek pengeboman Paris, Perancis di sekitar Brussels baru-baru ini.

Lapangan terbang yang mengendalikan 23 juta penumpang setahun itu terletak 11 kilometer ke timur laut Brussels dan ia menyediakan khidmat penerbangan ke merata tempat di dunia.


0 comments:

share2