Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 1, 2016

[TIOMAN] SURFESTIVAL BANTU TARIK PELANCONG


Superfestival bantu tarik pelancong ke Tioman


Penganjuran kejohanan sukan luncur ombak, Tioman Surfestival berjaya menarik lebih ramai pelancong dari luar negara ke pulau peranginan itu.

Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Pahang, Idros Yahya berkata jumlah pelancong antarabangsa ke Pulau Tioman direkodkan meningkat sejak penganjuran sukan itu lima tahun lepas.

"Penganjuran sukan ini adalah kerjasama pejabat kementerian dengan pihak swasta iaitu Tioman Boardriders dalam usaha menjadikan Tioman Surfestival antara produk yang mampu menarik kehadiran pelancong ke pulau ini.

"Hasilnya bukan sahaja bilangan pelancong antarabangsa meningkat tetapi turut menjana ekonomi penduduk setempat hasil penglibatan bersama dalam menjayakan kejohanan itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah dan penutupan kejohanan itu di Kampung Juara di sini.

Menurutnya acara itu juga telah berjaya meletakkan Pulau Tioman sebagai antara destinasi sukan luncur ombak di kalangan peminat sukan itu di rantau ini selain di Bali, Indonesia dan Phuket, Thailand.

Kejohanan yang menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah RM22,000 itu berjaya menarik penyertaan 102 peserta tempatan dan antarabangsa termasuk dari Jerman, Switzerland, Maldives, Indonesia dan Singapura.


0 comments:

share2