Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Monday, February 29, 2016

'TIBA MASANYA KINI UNTUK AHLI UMNO PANDANG KE HADAPAN'


Mas Ermieyati Samsudin


Shah Alam - Puteri Umno hari ini menyeru seluruh jentera parti untuk bersatu dan terus maju kehadapan bagi mendepani cabaran pada masa akan datang.

Ketuanya, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, ini penting kerana sudah tiba masanya bagi ahli Umno serta kepimpinanya untuk bergerak kehadapan setelah semua kemelut yang berlaku dalam Umno kini mulai terlerai.

"Saya minta semua kita untuk terus fokus bekerja...memang apa yang berlaku sebelum ini banyak perkara yang menggangu gugat kita, tohmahan yang diberikan ke atas Umno jadi saya minta kita terus pandang kehadapan.

"Alhamdulillah semalam kita sudah mulakan kempen keahlian daftar pemilih telah pun dilancarkan diseluruh negara, dan semalam Johor mencatatkan keahlian tertinggi iatu seramai 1,800 ahli Puteri Umno baharu didaftarkan di negeri itu," katanya.

Dalam pada itu, katanya beliau berharap semua ahli Umno untuk teruskan semangat bagi melakukan yang terbaik buat rakyat Malaysia.

"Kita kena kuatkan semangat untuk terus bekerja, terus dekati rakyat itu tugas kita kini," katanya.


0 comments:

share2