Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 14, 2016

LETUPAN BERHAMPIRAN UTC IPOH BERPUNCA DARI MERCUN


Terkejut dengar letupan kuat di Jalan Datuk Onn Jaafar


Ipoh - Letupan di Jalan Datuk Onn Jaafar, berhampiran Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini pada kira-kira 11 pagi ini berpunca daripada mercun, kata Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Anuar Othman.

Beliau berkata mercun itu dipercayai diletakkan di dalam sebuah pasu bunga oleh seorang lelaki tidak dikenali.

Katanya sebaik menerima panggilan daripada orang awam pada kira-kira 11.30 pagi, anggota Jabatan Forensik dan Unit Pemusnah Bom Polis Diraja Malaysia bergegas ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba didapati satu pasu pecah kesan daripada letupan kuat, tetapi serpihan letupan tidak mendatangkan kecederaan kepada orang awam," katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Anuar berkata berdasarkan keterangan saksi di tempat kejadian, seorang lelaki yang memakai topi keledar berdiri berhampiran pasu berkenaan dan beredar sebelum letupan berlaku.

Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat.


0 comments:

share2