Rangkaian Media Sosial PahangKu

.

Sunday, February 14, 2016

AMBIL TINDAKAN KE ATAS PREMIS LETAK TANDA TIADA BABI


Dr Asyraf Wajdi Dusuki


Kuala Lumpur - Tindakan perlu diambil terhadap premis makanan yang mengelirukan umat Islam dengan mempamerkan tanda 'tiada babi' seolah-olah makanan yang disediakan di premis tersebut berstatus halal.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, hanya premis makanan yang mempamer sijil halal dikeluarkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) boleh dikunjungi pengguna beragama Islam.

"Pengusaha makanan yang meletakkan tanda tiada babi di premis mereka tidak mencerminkan apa yang dimaksudkan dengan halal," katanya kepada pemberita selepas merasmikan seminar budaya dan sambutan Tahun Baru Cina untuk mualaf di Kepong, di sini hari ini.

Beliau berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan serta kerajaan negeri mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan ke atas pengusaha premis makanan yang mengelirukan masyarakat Islam dengan meletakkan tanda tiada babi.

"Justeru, adalah perlu untuk mendidik masyarakat terutama pengguna beragama Islam, untuk membezakan antara logo halal yang sah dan tanda tiada babi. 

"Umat Islam harus sentiasa peka kepada kehendak Undang-undang syariah apabila membabitkan soal makanan. Meletakkan tanda tiada babi tidak bermakna ia adalah halal," katanya.

Semalam, media melaporkan bahawa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melarang premis makanan di negeri itu daripada meletakkan tanda tiada babi di premis mereka untuk mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam.


0 comments:

share2